Tuesday, September 10, 2013

Movie Review:Riddick 2013

Wayang omputih..yaaa..
Tetiba malam ahad rasa nak tengok filem aksi..filem Riddick menjadi pilihan.

Story:Mengisahkan tentang watak utama Riddick yg dibelot oleh watak bernama Commander Vaako.Riddick terdampar di planet pasir berdegung... (sekadar nama..hihi).Maka bermula survival Riddick untuk terus hidup.
Riddick berdepan cabaran makhluk ganas, Mud Demons (haiwan dua alam, bentuk spt kala jengking,tinggal dlm lumpur)
Konflik berlaku apabila sebuah kapal penjejak sampai di planet itu.Krew kapal yg diketuai Santana (lelaki yg inginkan kepala Riddick)..tak lama selepas itu..sebuah lagi kapal yg lagi canggih singgah di planet itu.Krew kapal juga mencari Riddick.Kapal diketuai Boss John.Kedua-dua krew kapal berkerjasama dlm memburu Riddick.
Riddick yg melakukan pelbagai helah dan berjaya mencilok tenaga sel kapal itu.Setelah Santana berjaya dibunuh oleh Riddick, Boss Johns terpaksa membuat perjanjian dgn Riddick.Sbg pertukaran sebuah kapal harus diberikan kpd Riddick.
The ending:Riddick berjaya meninggalkan planet itu, dia terus berkelana untuk mencari tempat asalnya..Furya.
Pendapat penulis:
1:Plot cerita yg ringkas, berkisar tentang Riddick yg ingin survival di planet itu.
2:Babak pertarungan solo antara Riddick dgn Mud Demons memang menyentap jantung.
3:Part sedih:haiwan peliharaan Riddick mati ditikam Santana.haiwan  yg banyak berjasa.
Tahap bintang:3☆..mesti tonton.

Next series of Riddick??
Kenala tunggu yaa..
Selamat menonton.
Adios... ;)

Tuesday, September 3, 2013

Sydney:Sini biasa, sana luar biasa...

Perghhh..ramai giler yg beratur.
Kat malaysia..kedai mamak hal biasa je.
Kt sini nk kena beratur panjang baru dpt meja.
Kalau korang nk tau..sekeping harga roti canai kt Sydney adalah AUD 5.50=RM16.50, tu belum masuk harga air lagi.saiz roti tu takdela besar..mmm...kalo kt Malaysia dh boleh dpt  kfc dinner plate.hihi.
Sesiapa nak buat bisnes makanan kt sini..elok benar..makanan asia memang omputih cari..
Restoran2 banyak dikuasai penjual dari China.
Majoriti omputih akan keluar mkn mlm lebih kurang pukul 7.30mlm ke atas.Kt sini jam 6ptg keadaan dah beransur gelap.
Bila dah jam 11 mlm ke atas..pub dan club2 akan penuh.
Keselamatan kat sini juga ok..selalu jg nampak polis peronda.

Banyak jugala peristiwa2 yg best kt sini.Mat saleh memang humble, perkataan Darling, Hello gentlement perkara biasa.Sampaikan thank you jadi I like u...haha.Rasa kecik je sebab kt sini semua tinggi2 belaka.Dieorang punya dressing memang terbaik , cun dan hensem.Harap sgt org2 Malaysia dapat bergaya mcm dieorang.Sentiasa smart and cantik.mmm..    

Masih teringat kesedapan kopi panas made in 7eleven.Selama 6mlm di Aussie, kopi panas amat mujarab time sejuk2.haha..Hanya AUD 1=RM 3.00 sahaja, saiz regular.Kekadang mocha, kekadang latte, penulis tak kisah sangat.Paling menarik ada juga mee segera kt sini, jgn terkejut..jenama Maggie wei.Ternyata pengalaman tidak ternilai pabila di perantauan.

Terima kasih kerana membaca catatan ini.Adios! ;)

Friday, August 30, 2013

Sydney:Bondi Beach

Aku sampai di pantai ini pada waktu tengah hari, keadaan pengunjung agak ramai juga.
Paling best ada Wifi free...patutla ada yg siap bawa laptop lagi.
Yg joging ada..sekadar ambil gambar plg ramai.
Pantainya juga bersih..kawasan pantai ini juga dekat dengan jalan besar, memang senang cari.
Tahap best:4☆
Mesti dtg sini yaa... ;)

Wednesday, August 28, 2013

Melbourne:Philip Island

Salah satu pulau kecil  yg best di Australia.
Dgn kehijauan yg masih terpelihara amat sesuai utk dinikmati.Sejuk je mata memandang.
Antara hidupan liar yg ada di pulau ini seperti itik, kuda,lembu berbulu tebal dll.
Pulau ini asalnya dibeli oleh individu,dibawa masuk pelbagai hidupan utk mendiami pulau ini.Sekarang tlh menjadi tarikan pelancong.Aku juga sempat melihat pokok lavender..memang cantik.Suasana kt sini buat aku rasa macam nak tidur kt tgh2  padang ragut ni..best sgt.
Inilah keindahan alam ciptaan Ilahi...


Terima kasih kerana membaca catatan penulis.Adios;)

Tuesday, August 27, 2013

Sydney: Paddys Markets

Hari kedua di Sydney..apalagi membeli-belah lerr.Aku sempat singgah lebih kurang sejam jugaklah..Dari dalam dh rasa mcm p uptown shah alam je..pengunjung agak ramai jg.Rambang mata juga nak pilih cenderahati utk tersayang..cewah..ayat.; p.
Antara produk yg bnyk dijual seperti baju t-shirt berharga AUD 10, sweater berlogo australia AUD10, key chain, cap dll.
Utk golongan wanita, bag tangan paling bnyk dijual.
Penulis  melihat ramai penjual org cina..majoriti dari china.
Dialek english senang faham..sesi tawar menawar jg senang.
Tahap best:3☆sahaja.
Tips berguna:Kalau korang nk borong barang2 murah elok beli di Melbourne..sampai boleh dpt separuh harga.Kat Sydney ni taraf macam harga J.Bharu, semua mahal.
Apapun Sydney memang best walaupun ramai penduduknya.
Melbourne  pulak agak lengang+lagi sejuk cuaca.
Percutian yg menarik..penduduk juga ramah..

Terima kasih kerana membaca catatan ini:)

Monday, August 26, 2013

Sydney:Scenic world at Blue Mountain

Tempat melihat alam semulajadi paling menakjubkan..dgn cuaca yg agak sejuk, paling best naik railway..walaupun sekejap memang mengujakan.setiap pengunjung mesti pakai gelang kertas.akan di scan setiap kali masuk.
Terdapat 4 jenis  keseronokan.turun ke bawah dgn railway (macam rollercoster), walking in the jungle (sambil melihat pokok2 liar.terowong bekas lombong.), naik cable way(agak sempit jgk..pengunjung ramai) last naik skyway(nice view..dpt lihat pokok sekitar sebijik mcm daun brokoli..hihi)

Masa turun dgn railway.walaupun sekejap tetap mengujakan..lalu celah2 bukit..view pun cun giler.Sebelah seat kat bahagian kiri boleh tekan sama ada nk 30° atau lebih, seat kiteorng akn condong sendiri..superb ;)
Terdapat juga kedai cenderamata, jual jersey dll.Pengunjung juga boleh minum2 sambil melihat pemandangan saujana mata memandang ...cewah!...hihi...alam sekitar..sebab kt 

bahagian tempat naik Skyway ada restoran.Tahap best:5☆wajid dtg sini.

Friday, August 23, 2013

The Great Ocean Road

The most spectacular view..itulah gambaran perasaan penulis setelah menjejak kaki di sini.
Tak sangka ada lagi tempat mcm ni di dunia..terpelihara dgn baik sekali.
Pantai di sini memang menakjubkan, angin kuat.memang nk kena pakai sarung tangan, kalau tak boleh demam.pengunjung yg dtg boleh view pemandangan melalui udara..tapi kena guna helikopter laa..bayaran? Entahla, mungkin mahal.
Penulis sempat singgah kejap je sebab hari nak hujan..siap hujan batu lagi tuu..fuhh..
Kemudahan awam juga disediakan.Lagi satu,nak tau?Dieorang kata ada 12 batu2 besar sepanjang pesisir pantai.

☆☆Rasa syukur+takjub dapat melihat keindahan alam ciptaan Allah S.W.T.Tu baru alam dunia, keindahan alam syurga lagilah cantikkk...

Tahap best:5☆
Wajib dtg sini...tak rugi.

Terima kasih kerana membaca catatan ini.;)