Tuesday, September 10, 2013

Movie Review:Riddick 2013

Wayang omputih..yaaa..
Tetiba malam ahad rasa nak tengok filem aksi..filem Riddick menjadi pilihan.

Story:Mengisahkan tentang watak utama Riddick yg dibelot oleh watak bernama Commander Vaako.Riddick terdampar di planet pasir berdegung... (sekadar nama..hihi).Maka bermula survival Riddick untuk terus hidup.
Riddick berdepan cabaran makhluk ganas, Mud Demons (haiwan dua alam, bentuk spt kala jengking,tinggal dlm lumpur)
Konflik berlaku apabila sebuah kapal penjejak sampai di planet itu.Krew kapal yg diketuai Santana (lelaki yg inginkan kepala Riddick)..tak lama selepas itu..sebuah lagi kapal yg lagi canggih singgah di planet itu.Krew kapal juga mencari Riddick.Kapal diketuai Boss John.Kedua-dua krew kapal berkerjasama dlm memburu Riddick.
Riddick yg melakukan pelbagai helah dan berjaya mencilok tenaga sel kapal itu.Setelah Santana berjaya dibunuh oleh Riddick, Boss Johns terpaksa membuat perjanjian dgn Riddick.Sbg pertukaran sebuah kapal harus diberikan kpd Riddick.
The ending:Riddick berjaya meninggalkan planet itu, dia terus berkelana untuk mencari tempat asalnya..Furya.
Pendapat penulis:
1:Plot cerita yg ringkas, berkisar tentang Riddick yg ingin survival di planet itu.
2:Babak pertarungan solo antara Riddick dgn Mud Demons memang menyentap jantung.
3:Part sedih:haiwan peliharaan Riddick mati ditikam Santana.haiwan  yg banyak berjasa.
Tahap bintang:3☆..mesti tonton.

Next series of Riddick??
Kenala tunggu yaa..
Selamat menonton.
Adios... ;)

Tuesday, September 3, 2013

Sydney:Sini biasa, sana luar biasa...

Perghhh..ramai giler yg beratur.
Kat malaysia..kedai mamak hal biasa je.
Kt sini nk kena beratur panjang baru dpt meja.
Kalau korang nk tau..sekeping harga roti canai kt Sydney adalah AUD 5.50=RM16.50, tu belum masuk harga air lagi.saiz roti tu takdela besar..mmm...kalo kt Malaysia dh boleh dpt  kfc dinner plate.hihi.
Sesiapa nak buat bisnes makanan kt sini..elok benar..makanan asia memang omputih cari..
Restoran2 banyak dikuasai penjual dari China.
Majoriti omputih akan keluar mkn mlm lebih kurang pukul 7.30mlm ke atas.Kt sini jam 6ptg keadaan dah beransur gelap.
Bila dah jam 11 mlm ke atas..pub dan club2 akan penuh.
Keselamatan kat sini juga ok..selalu jg nampak polis peronda.

Banyak jugala peristiwa2 yg best kt sini.Mat saleh memang humble, perkataan Darling, Hello gentlement perkara biasa.Sampaikan thank you jadi I like u...haha.Rasa kecik je sebab kt sini semua tinggi2 belaka.Dieorang punya dressing memang terbaik , cun dan hensem.Harap sgt org2 Malaysia dapat bergaya mcm dieorang.Sentiasa smart and cantik.mmm..    

Masih teringat kesedapan kopi panas made in 7eleven.Selama 6mlm di Aussie, kopi panas amat mujarab time sejuk2.haha..Hanya AUD 1=RM 3.00 sahaja, saiz regular.Kekadang mocha, kekadang latte, penulis tak kisah sangat.Paling menarik ada juga mee segera kt sini, jgn terkejut..jenama Maggie wei.Ternyata pengalaman tidak ternilai pabila di perantauan.

Terima kasih kerana membaca catatan ini.Adios! ;)